5 Cara Buat Duit melalui Blog

Saya ada terbaca artikal berkaitan 5 cara buat duit melalui blog di gajisendiri.com. Saya ingin kongsi artikal ini bersama anda semua.

Ramai di kalangan kita telah mempunyai blog dot com sendiri. Indikasi ini jelas menunjukkan bahawa telah ramai yang mahu menjana pendapatan melalui blog. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kaedah sebenar bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui blog.
Jadi, tulisan saya kali ini akan mengetengahkan 5 cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan blog. Sebelum itu, pastikan blog anda telah dioptimisasikan dengan menambah beberapa plugin yang sesuai.

1. Buat Duit Dengan Program Affiliate

Anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet.
Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Anda boleh menyertai program affiliate, tetapi pastikan program affiliate tersebut mempunyai tajuk atau topik yang sama dengan blog anda.
Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.
Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

2. Buat Duit Dengan Servis Dan Perkhidmatan

Melalui blog anda, anda sebenarnya berpeluang menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.
Sebagai contoh, rakan saya menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card(VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka.

3. Buat Duit Dengan Menjual Produk Sendiri

Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.
Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.

4. Buat Duit Dengan Menawarkan Ruang Iklan

Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini.
Tempoh sewaan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Saya sendiri pernah ditawarkan dengan nilai yang agak berpatutan untuk satu sewaan di ruang blog saya sebelum ini.

5. Buat Duit Dengan Pandangan Dan Ulasan

Teknik terakhir ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang penulisan. Dengan memberikan ulasan berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.
Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-5 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.


Diharapkan teknik-teknik di atas dapat membantu anda dalam menjana pendapatan melalui blog anda sendiri. 5 cara buat duit melalui blog ini telah membantu ramai usahawan internet menjana pendapatan di internet. Jadi, tidak mustahil anda juga boleh manjana pendapatan dengan cara yang sama seperti mereka. Jika usaha anda belum berhasil, cuba lagi dan usah cepat berputus asa. Apa pandangan anda berkenaan dengan 5 cara buat duit dengan blog ini ?

No comments:

Post a Comment