5 Tips atau Cara Menghilangkan Stress

Stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Terdapat 2 jenis stress ini iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress yang negatif boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan diri. Sehubungan itu saya mengetengahkan 5 tips & cara menghilangkan stress dengan berkesan iaitu :
1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas dalam hidup manusia, tanpa pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur semula kehidupan.
2 - Senyum dan aktifkan perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah 'mindset' daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif). Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat segalanya yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai anugerah, dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas mendapat tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang kita mahukan terjadi.
Kita perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah masanya untuk kita senyum dan yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar, redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran positif seperti ini membolehkan kita melangkah lebih jauh dalam mengatasi apa jua masalah dalam hidup.
3 - Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making) dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check - Action. Dengan perancangan yang baik dalam mengatasi masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan.
4 - Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita.
5 - Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W serta mukjizat al-Quran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan segala yang diperintahkan. Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon dipermudahkan urusan serta minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment